Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Salam...



Alhamdulillah kerana hari ini ana dapat Friendship Award daripada Alang Atie...Alang Atie ni sebenarnya kawan kakak ana di International Islamic College (IIC)...thank you very much.



Salam...
lama rasanya jari ini tidak menulis...amanah sebagai " research asisstant" dipikul sebaiknya...sebenarnya tugas bukannya banyak pun...ana hanya nak ambil pengalaman... Alhamdulillah kerana diberi peluang.
Tiba - tiba datang idea hendak menulis mengenai tajuk ini...tadi apabila tengah berjalan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia ke kafe...tiba - tiba kawan ana tanya "izzati, awak tak malu ke jalan dengan saya, yela saya kan seksi..."...terdiam sebentar dan dengan tenang ana menjawab..."takdelah saya tak kisah pun, kalau awak non - muslim pun ...saya still jalan dengan awak...kan awak pun manusia".
Kadang - kadang mungkin terdetik di hati kita...nauzubillah, kita lebih sempurna daripada sesetengah orang kerana mungkin bezanya...insyaAllah kita menutup aurat dengan sempurna dan kawan kita mungkin sebaliknya.
Tetapi...sedarkah kita bahawa kita tidak tahu dalam kita berperasangka begitu...hanya Allah yang lebih mengetahui siapa yang lebih mulia...kita tidak tahu mungkin orang yang yang selama ini kita melihat sebagai " free hair" mugkin terlebih dahulu bertaubat daripada kita...sedang kita menangguhkan taubat semata - mata kerana memikirkan diri kita lebih sempurna.
Jadi...kesimpulannya sama - samalah kita bergaul dengan semua orang tidak kira bagaimana penampilan mereka...moga - moga hati mereka terbuka untuk menerima Islam sepenuhnya.
"Ya Allah, teguhkan iman kami, dan janganlah engkau bolak - bolikkan hati kami sesudah engkau beri hidayah kepada kami"...Amin...
Salam...
Mulai hari ini, ana berada dalam keadaan sangat bosan..huhu...ustaz bahasa Arab 1 telah pulang ke Indonesia untuk bercuti selama lebih kurang seminggu lebih...(ustaz bahasa Arab 1 orang Indonesia dong) huhu...maka banyaklah bahasa Indonesia yang ana pelajari selain daripada bahasa Arab..huhu...bahasa Arab 2 pula tak dapat ambil, maka ana pun pilihlah bahasa Arab 1...hari seterusnya insyaAllah akan diisi dengan membaca whatever buku - islamic, novel...alhamdulillah 1 dan 2 Jun ada KBM...taklah bosan sangat...
Salam,


Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan...hari ini juga result untuk mengambil bahasa Arab 1 dan bahasa Arab 2 sekaligus keluar...tepat pukul 7.15 pagi, ustaz kelas bahasa Arab 2 telefon, beliau memaklumkan bahawa Dekan Pusat Pengajian Bahasa tidak membenarkan permohonan ana untuk mengambil bahasa Arab 1 dan bahasa Arab 2 sekaligus...apalagi ana pun memilih untuk mengambil bahasa Arab 1 terlebih dahulu...insyaAllah...sem depan bolehlah ambil bahasa Arab 2 pula...masuk ke kelas bahasa Arab 1 pula, berlakulah perkara yang paling melucukan bagi saya dalam tempoh belajar bahasa Arab selama lebih daripada 5 tahun...ustaz memberitahu bahawa panggilan untuk anak bongsu ialah "bontut"...ana pula dengan penuh perasaan ingin tahu bertanya, ustaz macamana nak eja "bontut" dalam bahasa Arab...ustaz pula terus mengeja b+o+n+t+u+t...dia pun menyambung...ok ye..."bontut" ini adalah bahasa Indonesia untuk panggilan kepada anak bongsu...apalagi semua pelajar tergelak...malu betul ingatkan betul - betul perkataan "bontut" itu adalah perkataan bahasa Arab...huhu...nasib badan mendapat ustaz bahasa Arab dari Indonesia...tapi tak pe best betul ustaz ini mengajar.



Balik dari kelas bahasa Arab...terus solat zohor dan bergegas ke Hospital Umum Sarawak...seorang kawan telah ditahan di wad kerana mengalami demam dan kekurangan glucose dalam darah...punya la banyak cerita kononnya kawan ana dikehendaki operate jantung, punyalah terkejut...rupa - rupanya kena x - ray je...sape latu buat cerita pelik - pelik...tapi rugi pulak tak dapat tanya doktor mengenai penyakit dia.



Salam,
akhirnya setelah bertapa di Kuala Lumpur selama lebih kurang satu minggu...akhirnya balik jua ana ke Bumi Kenyalang...sampai di Kuching International Airport lebih kurang pukul 5.30 petang...mujurlah ada kawan yang baik hati datang menjemput...ingatkan terus balik Unimas rupa - rupanya mereka nak pergi shopping dulu di Kuching...apalagi ikut jela walaupun penat...yang sedihnya sampai Unimas wireless pulak low, huhu...tak dapat la nak update blog selalu...
Hari seterusnya iaitu Jumaat...terus je pergi kelas Bahasa Arab 2 setelah hampir 2 tahun meninggalkan bahasa Arab...ingatkan nak ambil bahasa Arab 1 dan Bahasa Arab 2 sekaligus tapi tak tahu la dapat ke tak..apa - apa pun tunggulah keputusan daripada ustaz, harap - harap bolehlah kerana syarat untuk mengambil Bahasa Arab 2 mestilah lulus dulu bahasa Arab 1, tapi ana nak ambil kedua - dua sekaligus...suka hati je...sebabnya kelas bahasa Mandarin dah penuh.
Masuk - masuk je ke kelas terus kena attack dengan ustaz..ustaz tanya dalam bahasa Arab..."Kam Umri Ummiki al-an?" or dalam bahasa melayu "berapa umur ibu awak sekarang?"...uh..terus terkejut...ustaz pulak terus je cakap baru je lepas hari ibu kan sekarang...mulalah nak mengira...start emak ana meninggal dunia sampailah sekarang, jawapannya senang je 60 tahun, tapi punyalah ambil masa yang lama untuk menjawab..tidak sangka pulak ustaz tanya soalan tu...huhu...apa- apapun best sangat dapat belajar bahasa Arab semula..
Salam...minggu ni ana sangat gembira sebab dapat balik ke rumah di KL...yela dah lama duduk di Sarawak...akhirnya dapat juga pulang ke KL walaupun tak sampai seminggu pun (15 Mei - 21 Mei)...memang ada kawan - kawan lain yang balik bercuti selama lebih kurang 2 bulan...namun ana bertekad untuk meneruskan pengajian antarasesi memandangkan kursus ana telah dijadikan 3 tahun...memang la tak best sebab orang lain bercuti kita pulak tengah belajar...tapi sesungguhnya tuntutan ilmu itu juga penting...InsyaAllah...
Abang ana pernah memberi satu kata - kata yang sangat bermakna untuk ana iaitu "Man la yuhibbu sa'dal-jibal ya'isyu abada al-dahri fil-hufri. Siapa yang tidak suka mendaki gunung, maka akan hidup selamanya di perlembahan. Kejayaan memang memerlukan pengorbanan"...terima kasih kepada abang ana yang banyak memberikan semangat.
Balik KL pulak...ingatkan sekarang anak - anak buah ana tengah cuti sekolah rupa - rupanya diaorang tidak cuti lagi...tak pela..insyaAllah raya nanti boleh balik lagi...