Assalamualaikum...memang lama rasanya tidak menulis di blog ni....

Kali ini insyaAllah ana ingin kongsikan artikel daripada Malaysia Harmoni

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/editorial/212-tahun-baharu-masihi-perlu-apa-ia-disambut

Tahun baharu Masihi: Perlu apa ia disambut?

a

Menjelang detik 12 tengah malam 31 Disember saban tahun, seluruh dunia gegak gempita dengan sorakan, jeritan, permainan dan pertunjukan yang rata-ratanya bernafaskan hiburan. Rakyat Malaysia juga, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Islam dan bukan Islam, semuanya tidak terkecuali. Seronok bukan kepalang! Yang lebih seronok adalah disebabkan acara-acara yang dijalankan bagaikan mendapat restu pemerintah. Berhiburlah sejak bermula malam 31 Disember hingga awal pagi 1 Januari. Jelajahilah bandar-bandar besar mahupun kecil di Malaysia ini. Melalaklah dalam kumpulan khemah unggun api di tepi pantai berpasir gebu. Berpeleseranlah di kompleks-kompleks membeli-belah dan taman-taman tasik. Bercampur gaullah lelaki dan perempuan dalam keasyikan tahun baharu bagaikan saranan-saranan agama tidak pernah diperdengarkan ke telinga.

Kita baru sahaja menyambut tahun baharu hijrah dua minggu lalu. Ya, tidak sampai sebulan pun lagi. Sambutannya serba sederhana. Yang menyambutnya juga kelompok tertentu, yang gemar ke masjid, gemarkan majlis-majlis ilmu. Kini, 2009 akan pergi dan 2010 bakal bertamu. Poses pertukarannya memang lumrah, sunnatullah. Tetapi kenapa sambutan ke atasnya juga mahu dilumrahkan?

Perkara serupa berlaku setiap tahun. Dan setiap kali itu ada sahaja budaya baharu yang diperkenalkan. Tidak usah disebut konsert itu dan ini, joget sana dan sini. Rasa malu sudah semakin terhakis daripada jiwa umat Islam. Tahun-tahun kebelakangan ini, dibudayakan pula acara mandi buih lelaki dan perempuan. Yang ini juga dicedok dari barat. Lihatlah pula apa yang dibawa tahun ini.

Aduh, sedihnya! Lebih menyedihkan apabila ibu segala maksiat iaitu meminum arak selain perzinaan menjadi perkara biasa. Tunggulah pagi 1 Januari ketika pekerja-pekerja pihak berkuasa tempatan melakukan pembersihan. Tin-tin minuman keras bersepahan. Di Dataran Merdeka dan KLCC, dilaporkan petugas-petugas Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sering terjumpa kondom yang sudah digunakan, tin serta botol-botol minuman keras di merata-rata tempat. Bahkan turut dilaporkan pada sebelah paginya ramai yang tidur seperti golongan yang tiada tempat tinggal atau 'homeless' sementara menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas penat berpesta pada sebelah malamnya. Tidakkah ini menggambarkan kebejatan akhlak umat?

Pihak-pihak yang prihatin tentang masalah gejala sosial sudah 'berbuih mulut' meminta dihentikan pesta-pestaan yang melampau ini. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pernah menyarankan, sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti menunggu detik 12 malam sepatutnya dibatalkan kerana mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang.

Selain itu, kekerapan musibah seperti bencana alam, pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan tindakan sebilangan rakyat yang sering melakukan pelanggaran agama dan nilai-nilai moral, katanya.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan urusetia Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS) giat melaksanakan usaha dakwah ala 'taskforce' yang disasarkan kepada golongan remaja di sekitar bandar-bandar tertentu. Para petugas menemui dan menyantuni remaja-remaja ini dengan cara santai sambil menuturkan nasihat dan mengedarkan risalah. Tujuannya adalah supaya anak-anak muda ini sedar bahawa hidup ini punya matlamat agama dan berpeleseran tidak tentu fasal itu salah. Mereka mungkin terpengaruh, bahkan mungkin juga jahil dan tidak pernah diajar batas-batas pergaulan menurut Islam.

Kita yakin banyak lagi golongan yang melakukan kerja murni ini sebagai menyahut seruan Allah yang bermaksud, "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Mudah-mudahan bantuan Allah sentiasa hampir kepada pendakwah-pendakwah yang tabah ini. Bukan sedikit risiko yang terpaksa mereka hadapi sewaktu berdakwah di alam realiti. Mereka mungkin sahaja diejek, di'boo', diusik bahkan diugut oleh kumpulan gangster, tapi kita berdoa mudah-mudahan tiada perkara buruk yang berlaku kerana Allah bersama orang-orang yang benar.

Akhirnya kita berdoa semoga acara-acara tidak berfaedah dan penuh maksiat cepat-cepat dijauhkan daripada kamus hidup rakyat Malaysia menjelang tahun baharu Masihi bagi tahun-tahun mendatang. Sebenarnya kalau ia tidak disambut langsung pun, tahun baharu itu tetap juga datang dengan izin Allah.


Selepas ana membaca artikel ini...memang betul sambutan tahun baru masehi lebih banyak mendatangkan keburukan kepada umat Islam daripada kebaikan...semoga kita sentiasa berada di dalam golongan ini ("Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.")

Salam...

Jom...mahasiswa dan mahasiswi yang tengah bercuti...

Jangan lepaskan peluang ini...



KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : USIM, NILAI

TIADA bayaran dikenakan

Antara para ahli panel yang akan hadir:

Dr. Harlina, Xifu Naser, Ustaz Pahrol Md Juoi, Bro. Shah Kirit, Ustaz Kamarul Zaman

dan ramai lagi!

TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)

&

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)



22 NOVEMBER 09 (AHAD)

12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)

6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM

8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)



23 NOVEMBER 09 (ISNIN)

6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI

7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)

8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI

9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)

11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)

1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR

2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)

4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR

5.00-6.30 PTG - REHAT

6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM

8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)

11..00-12.00 MLM - REHAT


24 NOVEMBER 09 (SELASA)

6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI

7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)

8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI

9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)

11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)

1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR

2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)

4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR

5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)

6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM

8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)

11.00-12.00 MLM - REHAT



25 NOVEMBER 09 (RABU)

6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI

7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)

8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI

9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)

1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)




Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)

Kehadiran antum amat - amatlah dialu - alukan


Assalamualaikum...
rasenya dah lama ana menyepi kerana sibuk dgn dengan pelajaran...kali ini ana nak meluahkan perasaan hati ketika ini...huhh...datangnya tidak diundang....

Dalam kesibukan orang bercerita mengenai H1N1...ada satu lagi ujian daripada Allah iaitu haze or jerebu...Unimas agak terjejas akibat jerebu sekarang esp. waktu petang...bcoz Kota Samarahan termasuk kwsn IPU yang agak tinggi di Sarawak...some of the student dh start pakai mask...ana je x pakai...rimas

Kalau kita fikir - fikir balik...kenapa Allah turunkan kedua - dua ujian kepada kita sekaligus ( H1N1 & HAZE)...mungkin banyak hikmah daripada ujian - ujian ini...

Rasulullah S.A.W bersabda...'Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan'...
(Riwayat Al - Bukhari)


note: x sabar nak pergi field trip...masuk hutan
Assalamualaikum...kali ini tiba - tiba ada idea untuk menulis mengenai tajuk ini...maklumlah sekarang semua orang sibuk membicarakan mengenai H1N1...

Artikel ini ana dapat daripada buku Readers Digest keluaran May 2009...selamat membaca

Cara - cara untuk mengelakkan diri daripada terkena selsema:

1. Basuh tangan anda dan basuhnya dengan kerap

2. Basuh tangan selepas masuk ke tandas dan keringkan tangan dengan tisu...selepas itu, gunakan tisu lain untuk dijadikan penghalang tangan daripada terkena tombol pintu apabila keluar daripada tandas

3. Dapatkan suntikan yang dapat mengelakkan daripada terkena selsema pada setiap tahun

4. Bawa bersama 'hand sanitiser' bersama - sama ke mana sahaja kita pergi

5. Basuh tangan sebanyak dua kali setiap kali mencuci tangan

6. Tukar berus gigi setiap 3 bulan

7. Letakkan kotak tisu di tempat orang selalu duduk supaya mereka boleh guna semasa bersin atau batuk

8. Hentikan menyalahkan diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara yang kurang baik...stress will happen to you

9. Gunakan knuckles to rub our eye

10. Gunakan sauna satu kali seminggu

11. Gunakan humidifier

12. Beli hygrometer to measure humidity

13. Ambil supplement daripada bawang putih setiap hari

14. Lakukan meditasi but not yoga because it haram for muslim

15. Get moving

16. Makan a container of yoghurt pada setiap hari

17. Leave the windows in your house open a crack

18. Sneeze and cough into your arm or tissue

19. Change child - care centre...important to parent

20. Dont pressure your doctor for antibiotics

21. Change or wash your hand towels every three or four days during cold and flu season


Semoga bermanfaat...
Salam...



Alhamdulillah kerana hari ini ana dapat Friendship Award daripada Alang Atie...Alang Atie ni sebenarnya kawan kakak ana di International Islamic College (IIC)...thank you very much.