Salam,


Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan...hari ini juga result untuk mengambil bahasa Arab 1 dan bahasa Arab 2 sekaligus keluar...tepat pukul 7.15 pagi, ustaz kelas bahasa Arab 2 telefon, beliau memaklumkan bahawa Dekan Pusat Pengajian Bahasa tidak membenarkan permohonan ana untuk mengambil bahasa Arab 1 dan bahasa Arab 2 sekaligus...apalagi ana pun memilih untuk mengambil bahasa Arab 1 terlebih dahulu...insyaAllah...sem depan bolehlah ambil bahasa Arab 2 pula...masuk ke kelas bahasa Arab 1 pula, berlakulah perkara yang paling melucukan bagi saya dalam tempoh belajar bahasa Arab selama lebih daripada 5 tahun...ustaz memberitahu bahawa panggilan untuk anak bongsu ialah "bontut"...ana pula dengan penuh perasaan ingin tahu bertanya, ustaz macamana nak eja "bontut" dalam bahasa Arab...ustaz pula terus mengeja b+o+n+t+u+t...dia pun menyambung...ok ye..."bontut" ini adalah bahasa Indonesia untuk panggilan kepada anak bongsu...apalagi semua pelajar tergelak...malu betul ingatkan betul - betul perkataan "bontut" itu adalah perkataan bahasa Arab...huhu...nasib badan mendapat ustaz bahasa Arab dari Indonesia...tapi tak pe best betul ustaz ini mengajar.



Balik dari kelas bahasa Arab...terus solat zohor dan bergegas ke Hospital Umum Sarawak...seorang kawan telah ditahan di wad kerana mengalami demam dan kekurangan glucose dalam darah...punya la banyak cerita kononnya kawan ana dikehendaki operate jantung, punyalah terkejut...rupa - rupanya kena x - ray je...sape latu buat cerita pelik - pelik...tapi rugi pulak tak dapat tanya doktor mengenai penyakit dia.



0 comments:

Post a Comment