Salam...


Ana bukanlah orang yang sangat sempurna untuk berbicara mengenai perkara ini...jika dulu sewaktu ana berada di semenanjung, ana hanya menatap orang - orang yang memeluk Islam hanyalah melalui majalah atau televisyen, sekarang saudara kita yang baru memeluk Islam berada di depan mata...jadi, di sini ana ingin mengajak semua umat Islam bersama - sama untuk berdakwah kepada non muslim...mungkin perkara ini bukanlah perkara yang mudah dan bukan semua orang yang sanggup menghadapinya, namun begitu kewajipan itu jatuh kepada semua umat Islam...


Firman Allah,

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan - Nya dan Dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (An - Nahl, 16:125)


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, " Sungguh, aku termasuk orang - orang muslim (yang berserah diri)?"(Fussilat, 41:33)


Jadi, sama - samalah kita memohon kekuatan daripada Allah agar kita termasuk dalam golongan manusia yang menyeru kepada jalan Allah terutamanya dalam berdakwah kepada non - muslim...semasa ana berada di Unimas, ana sentiasa risau dengan keadaan sekeliling kerana komposisi pelajar Islam yang berada di Unimas hanyalah lebih kurang 30% daripada jumlah semua pelajar, lagi 70% merupakan pelajar yang menganut agama Kristian dan selebihnya agama Buddha...dapatkah anda semua bayangkan perasaan ana...ana sangat - sangat berharap agar Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UNIMAS sentiasa diterajui oleh pelajar Islam...Amin....setakat ini alhamdulillah, pada masa akan datang belum diketahui lagi...doakan kami semua.


Di sini... ana ingin berkongsi laman web mengenai pertanyaan yang sentiasa diajukan oleh non - muslim kepada muslim iaitu di www.irf.net


Jadi, bersama - samalah kita menambahkan ilmu kita mengenai pertanyaan yang selalu diajukan oleh non - muslim kepada muslim agar kita dapat mempertahankan agama Islam dengan penuh keyakinan di samping meningkatkan iman kita kepada Allah...InsyaAllah.


Di sini juga...ana ingin mengiklankan bahawa satu program iaitu "Karnival Harmoni" akan diadakan pada 23 - 25 Mei 2009 untuk memberikan penjelasan khusus mengenai agama Islam kepada muslim mahupun non - muslim bertempat di USJ SUMMIT.


Kepada sesiapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mahupun kawasan lain...dijemput beramai - ramai datang untuk menambahkan ilmu di dada...insyaAllah...ana agak sedih sebab ana akan pulang ke Sarawak 21 Mei...jadi tak dapat pergi ke karnival harmoni.



















0 comments:

Post a Comment